January 25, 2013

Dedemok

dah lama tak tepek gambar2 si dedemok and her updates...

She is now 2 years and 4 months....yes i know, its time to give her adik...hhahaha..rilex riles tarik napas...

Tepek gambar jom

ni gambar sesat mak dia pulak

kelakar kan dedemok ni..gigi macam jagung

buah hati pengarang jantung yg selalu kalau bergaduh dgn mummy suka nau cakap camni " kakak, tak nak kawan mommy kawan babah aje"..OK FINE la anak..ko mintak susu kat apak kau tu...





Nilai-KL-KL Nilai

hadoiii la, patah pinggang haku camni...nasib baik its just only for 2 days....

currently babah kat Miri since Wednesday haritu..pepagi dah kene hantar LCCT, sebelum subuh dah kaur rumah, and since i have to berulang alik to office we've decided stay kat my moms ajelah, kot la kene balik lambat ke hapekah so takdelah terkangkang haku nak ambik Sophia from babysitter...

however momy yer la yg kene sacrifice, either ambil ERL / Komuter or drive from Nilai to my office at Pusat Bandar Damansara...im kinda ok nak amik komuter pepagi tapi tang nak balik tu, ya ampunnn hazabb ko..ERL boleh tahan lagi, tapi komuter, oh my..please la. dgn org mcm sardine plus bau2 yg hazab nya kat hidungku, hakak boleh fitam dik oii...so lantasnya ive decided to drive ajelah..tapi thetap HAZABBBB to the max, kuar from Nilai at 6.20-6.30am sampai office ngam2 kul 8.30.....DUA JAM tau..DUA JAM # nangeskuarairmatadarah....

Last wednesday i thought oklah siapkan keje dulu lah n i left office around 7.30pm sekali jammm macam gampang... lebih kurang dari PBD to TUDM tau...gile ke tak giler tu..meroyan aku kejap2 tekan break...so jadiknya lepas TUDM amik jalan yg cerdik la masuk MEX ikut dengkil semua tu..tapi hakak seram dik, kete oklah byk jugak, ni drive gelap2 n sorang...haku ni dah la tahap imaginasi tinggi...uishhhh takut tau....sampai Nilai dah almost 9pm dah...sobsobsob...kaki dah kejung2 k..

so hari ni camnelah gamaknya perjalanan balik ku ke Nilai..doa2 dipermudahkan....Aminnnn

January 23, 2013

sleeppyyy zzzzzzzz

woke up at 5am today yo...mandi, kejutkan hubs and off we go....to LCCT...sending hubster nak pegi Miri dek non....nasebla mmg dah bertapa kat moms since balik dri Johor hari tu..Sophia tinggal dgn wan and atok k...pastu around 6 from LCCT terus la zupp to office...

ha ni nak mencarut sikit....exactly dari tol Nilai tu around 6.20am ye...then i reach tol sg besi around 6.55...not even 7 yet, but guess what???? kuar2 sg besi dah jam ok...WTF???? kemon kemon uve got to be kidding me...tension nye akak, dah la haku nak terkencing...

lebih kurang 2 bakul la carutan2 hakak d pagi hari....pastu potong ikut NPE and again lepas tol pantai JAMMMMMM jugak ko...ape ke setan sgt ni..time ni dlm 7.20am kott macam tu..masyaAllah, kalau haku mengandung boleh beranak dlm kete ko...giler kan...naseb kete hakak auto ye, itupun ala2 kejang kejung kaki ku kejap2 break2...hoiiii tension haku pepagi...

dah potong sane potong sini akhirnya sampailah office around 7.55am,,,boleh menghudpate kejap huhuhuhu..katenya nak start keje awal...oh tidak mungkinnnn...aku clock in pukul 9 balik supposedly 6.10, everyday haku balik lambat so takde makne nak start keje awal k.....

ni yg menyampah mkn nasik lemak pepagi..jamban is calling....ADIOS...have a good wednesday peeps!!!

January 21, 2013

This and that...

whilst waiting for hubster ( almaklumlah, carpool kan, haruslah kene berjemput bagai....) marilah mengupdate...

i have been with my current company for almost 4 years dah..quite an achivement, i tell you..the longest so far.....sebelum2 ni ( takdelah job hopper sgt, 2 firms aje kott before i decided nak masuk in house) paling lama rasenya 2 years+++...i definitely salute la mereka2 yg masih gigh jadik litigator u olls...hazab nya aku rase zaman2 dulu nak naik tangga n berlari2 anak sambil pakai blazer and bawak 2, 3 files...huh...berpeluh ketiak den...no, no tak glam pun...tgk dari jauh mcm bestla...reality??? sucks...

so i decided to join in house, my  company skrang GOC so its kinda satu lagi experience la..work wise / attitude nak mcm private, gaji mcm gomen yg basic2 aje, allowance2 lain takde pulak ko kasik kan...cubelah kasik allowance sara diri, allowance rumah ke..sedapppp sikit hakak..kuikuikui..tapi sesungguhnya im blessed with watever i have now..unlimited facility for outpatient yg paling penting ye...haruslah anak sakit sikit haku bawak jumpa PAED saje...yes,since its unlimited baik kite guna jumpa pakar terus, GP kite jumpa kalau demam sikit2 aje, 2 hari tak kebah mintak referral letter ler...

lately my portfolio agak carca marba okey...kejap2 buat regulatory, kejap2 buat keje HOD, kejap2 buat contract, kejap2 buat ad hoc, kejap2 kene pulak attend meeting utk kelab sukan, committe for watever system yg nothing to do with legal pun, commitee health and safety la...hoiii, tgn n kaki aku ade dua aje okey...#sentap

Bila dah ade anak, nak stay back lama2 pun alahai kesian kot kat anak kan, ni belum deide nak sambung maters lagik nih..punah waktu2 free during weekends camni..tapi tulah makin lama tunggu, akak makin tua noks, dahla skrang short term memory loss semakin berleluasa..so how??


eh eh whyla cannot upload photo ni...bedebah!!!!

Tailor

eversince dah put on weight ni haruslah banyak baju ketat ko...ketat kat bontot la apetah lagi kat pinggang...huh sentap..lantas kene la wardrobe spring cleaning katenya...and as at to date i have yet to jumpa tailor yg bholeh buat baju kurung yg boleh bagi illustrasi tipu yg kasik kurus...WALAUPUN!!!

bila dah gemuk, pakai ape pun tidak berapa cantek , haruslah lagi bila try baju kat fitting room pastu sentap sorang2 sambil mata berair mengenangkan naseb yg dah gemuk pastu tension pastu terus nak makan banyak utk release tension katenya..vongok tak vongok kan....sobsobsob..

sekarang akak dah dpt satu fesyen yg skrang dah mcm jadik signature style akak camtu...retis sgt ayat kan...tapi sebenarnye nan hado...so again bila gemuk n kalau ade function, aiyoo susahnya nak pilih baju so most of the time i will definitely go for either kaftan or tunic...but i prefer tunic, kaftan panjang sgt ko..jalan pun boleh terpijak2...and kaftan i thinksesuwei gi kenduri kawen kat hotel ke, kat dewan ade aircond ke, kalau wedding waktu tghari takperlulah nak hover2 pakai kaftan ya adik2...meruap2 la ketiak kepanasan n org tgk ko pun boleh rimas dan lemas ok...

I think i have 8 tunic setakat ni, and one kaftan...one good thing about tunic since its polos kan we can always mix and match..eg pakai on top of dress inner or pakai inner t-shirt and kain corak2...gituuuu

demmm. cannot upload la pulak photos...FINE...so entry ini takde gambar la ye..defeat the purpose betul la..penat haku citer...




January 15, 2013

SAD

its complete ridiculous and its kinda sad when u know its right thing to do but other people take it negatively...

lesson learned : i just  keep my mouth shut in future rather been blame for saying something RIGHT....yeahhhh WATEV....i dont give a f**k  #emotional

January 7, 2013

Knowledge is not to be keep to yourself but rather to share with others..gitukk

peeps..this post is a continuation from my previous post...this is the issue which i said i would like to share with all mommies out there...i was bloghopping and stumbled upon this issue..please read :- ( copy and paste version)

"Kolam mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis. Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi.

Berikut emel yang dikirimkan :

"Saya begitu meminati ruangan Tanbih yang ditulis oleh Puan Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yang tersendiri kepada pembaca.
Begitu juga dengan tulisan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang begitu saya minati hinggakan tiap-tiap patah perkataan yang ditulisnya saya cuba hayati satu persatu.

Bersyukur kepada Allah kerana insan-insan yang istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham dariNYA untuk sama-sama berkongsi dengan kami, para pembaca yang dahagakan ilmu.

Namun, isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina.

Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.
Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku.

Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta.Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu.Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal.edangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.
Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran.ejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak.

Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.

Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini.ati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat.Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.

Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.

Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan.Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang.


Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.

Wallahualam."

NILAI SEUTAS GELANG TANGAN

Apalah sangat nilai seutas gelang tangan emas berbanding berkat dan rahmat ALLAH SWT atas tindakan nekad ini!Berbahagialah wanita ini kerana usaha dan penyerahannya yang tinggi kepada ILAHI.Berbahagialah suami wanita ini kerana memiliki seorang suri yang berusaha menjaga diri.
Berbahagialah zuriat pasangan ini kerana memiliki ibu bapa berjiwa rabbani.
Berbahagialah kalian kerana sesungguhnya ALLAH SWT merahmati hamba-hambaNYA yang sentiasa berusaha mentaati perintah-NYA.

Ameen Ya Rabbal ‘alameen.

Sesungguhnya airmata ini menitis kerana-MU jua Ya ALLAH.....

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

ZURIAT BERKAT

Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.
“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.
Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.

PRIHATIN AURAT


“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH

Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.
Namun…Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri

KERANA DARURAT

“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.

Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.
“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?

Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.
“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT

Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR

Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG

Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.

Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT

Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.
Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen. Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


....So thats it...

1) i cried when reading this....how ignorant i was...i was lucky mase beranakkan Sophia, saya dikeliling oleh semua nurse2 n doktor perempuan di Hospital Ampang...but there was time mase nak check berapa cm dilated, ive been checked by MALE DOCTOR (2x)...emmm something which i dont want to elaborate in here...

2) masa mengandung sophia dulu both hubster and i tak confident nak pegi private hospital due to the fact, we olls baru sgt kawen ( yeah, lame excuse, i know :(  and mmg takde cash..and i was so afraid kalau tetibe ade complications ke, mane nak cekau duit ok..although for monthly checkup we olls pegi Pusat Perubatan Naluri it just bila nak beranak tu aje we opted for Hospital Ampang since we got GLfrom my company ( bongok kan for other than pregnancy and delivery, boleh pulak pegi private, unlimited lagi..)...

3) therefore, it is our duty and responsibility for second pregnancy nanti we will definitely looking for hospital bersalin yg semua pompuan aje ye...in sha Allah...Ya Allah permudahkanlah urusan kami semua isteri dan murahkan rezeki kami...Aminnn