January 25, 2011

bye-bye 2010 and hello 2011

ini adalah keinginan saya untuk tahun 2011( well, i wont put it as ' azam tahun baru' sebab every time buat azam tak pernah nak ikut..so to aviod kekecewaan sebab tak pernah tunaikan azam, lantas perkataan azam tu di- replace kan dgn keinginan albeit same maksud..hiks)

-saya mahu melupakan semua perkara-perkara yang tidak berapa enak yang di simpan di kotak minda saya.
-saya mahu belajar memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadap diri saya ( its hard ok..).
-saya mahu menjadi menjadi seorang pemaaf dan sentiasa melihat kelemahan diri sendiri sebelum menundung jari ke arah orang lain..
-saya baru lebih bahagia bersama keluarga saya, bersama suami dan anak perempuan saya.
-saya ingin berusaha untuk menjadi isteri yang lebih mendengar kata suami saya, yang tidak melawan dan saya cuba sedaya upaya untuk sentiasa membahagiakan suami saya.
-saya ingin menjadi mommy yg terbaik untuk anak perempuan saya. saya tidak mahu merungut dan kadang2 terlepas kemarahan pada anak perempuan saya jika saya dalam keadaan kepenatan setelah sehari suntuk berada di pejabat. saya mahu lebih mengawal kemarahan saya.
-saya mahu menerima hakikat bahawa apabila kita semakin dewasa rakan-rakan yang dulu pernah menjadi sahabat karib mungkin semakin sukar meluangkan masa melepak seperti ketika zaman anak dara dahullu.
-saya juga harus menerima hakikat yang persahabatan yang pernah di bina dan segala keseronakan dan kegembiraan yang pernah di kongsi bersama rakan- rakan rapat sewaktu dahulu sudah hilang dan terhapus begitu sahaja hanya kerana keegoan diri masing-masing untuk melafazkan kata maaf.
-saya mahu mencari kerjaya baru dengan gaji yang lebih banyak sejajar dengan pengalaman 6 tahun bekerja saya. saya mahu memegang jawatan at least senior legal atau paling2 perasan legal manager pada tahun ini.tidak mungkin saya akan kekal di tempat saya sekarang memandangkan potensi untuk naik pangkat hatta naik gaji amat tipis dan nipis..saya pasrah gitu.
- saya mahu lebih bersikap realistik terhadap keinginan keinginan saya yang kadang-kadang melampui batas seperti ingin memiliki sebuah kereta berjenama BMW 3 atau 5 series dalam waktu yang terdekat ini, memiliki dua atau tiga buah tas tangan berjenama LV, memiliki sapatu hebat Jimmy Choo. saya harus lebih paham bahawa membeli susu dan lampin anak adalah lebih penting dari angan2 tak sudah nie...nangess..
-saya mahu lebih menyokong suami mambuat part time keje dan menyokong suami saya menubuhkan syarikat beliau sendiri....tapi buat masa ini sudah tentu suami saya masih perlu bekerja makan gaji dahulu sebelum membuat keputusan untuk bekerja sendiri sepenuh masa. kengkangan kewangan masih manjadi penghalang utama.

sekian..itu sahaja keinginan saya pada tahun ni..terima kasih

No comments:

Post a Comment